Naib Presidenya, Syed Osman Mansor berkata pihaknya telah menyarankan cadangan itu dengan menulis surat rasmi kepada Najib serta mendesak melalui media agar penyiasatan kes 1MDB termasuklah dakwaan penyaluran wang dari SRC International ini dijalankan oleh sebuah Suruhanjaya DiRaja yang bermandat agar kemelut ini berakhir tanpa ada polemik yang berterusan.
“Ia bertujuan membersihkan nama baik Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ekoran kenyataan Tan Sri Muhyiddin dalam Facebooknya baru-baru ini mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak dari SRC International yang masih dalam siasatan adalah sah merupakan suatu perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Syed Osman juga berharap, Najib mempertimbangkan cadangan tersebut demi mematahkan tuduhan-tuduhan serta membersihkan nama baik beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Kami juga mencadangkan agar pihak berkuasa termasuk polis mengambil maklum maklumat yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin di dalam kenyataan di Facebooknya baru-baru ini untuk mengenalpasti kebenarannya.
“Mantan Peguam Negara yang mungkin dimaksudkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Tan Sri Ghani Patail.
“Ini adalah suatu kenyataan yang sangat mengejutkan pihak Biro dan ianya tidak seharusnya dipandang ringan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media.
Syed Osman juga akui, hal ini perlu kerana jika ianya tidak benar, maka tuduhan seperti itu pasti akan mencemar nama baik Najib sebagai Perdana Menteri.
