
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di negara ini mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Manakala, anak Melayu yang turut disenaraikan dalam laporan itu, Syed Mokhtar AlBukhary menduduki tangga kesembilan dengan aset bersih yang dimilikinya tahun lepas berjumlah US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.
Pada 2014, beliau menduduki tangga ke-7 dalam senarai laporan itu.
Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain, menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.
Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.
Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.
Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.
Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menguncup kepada US$300 juta berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.
Hong Leong Co. (Malaysia) milik peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.
Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.
Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.
Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.
Tahun lepas aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata, syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.
Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat.
Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta. Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.
Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas 16 individu memiliki aset berbilion dolar namun, tahun ini hanya 12 individu.
Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status ‘billionaire’, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.
Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.
Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baharu ‘billionaire’, meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.
Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.
Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia :
Robert Kuok – USS$10 bilion
Ananda Krishnan – US$7.4 bilion
Quek Leng Chan – US$5.3 bilion
Teh Hong Piow – US$4.65 bilion
Lee Shin Cheng – US$4.6 bilion
Lim Kok Thay – US$4.55 bilion
Yeoh Tiong Lay – US$2.25 bilion
Lau Cho Kun – US$1.55 bilion
Syed Mokhtar AlBukhary – US$1.45 bilion
Surin Upatkoon – US$1.15 bilion