Kita belum liberal untuk terima ganja- KPN

Kita belum liberal untuk terima ganja- KPN

Khalid juga menegaskan ganja tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya walaupun dalam perubatan.

khalid,ganja

KUALA LUMPUR:
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membantah usaha membolehkan penggunaan ganja di sisi undang-undang di Malaysia.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, belum masanya lagi untuk menerima sikap liberal dan di samping itu ganja dilihat memberi kesan yang lebih buruk kepada umum.

“Pada pandangan saya, belum masanya untuk bersikap liberal. Kita tahu kesalahan dan kesan ganja yang akan menyebabkan hijrah kepada dadah keras.

“Manakala dari segi agama ia tetap salah malah, semua agama tidak membenarkan umatnya mengambil ganja,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Bukit Aman.

Beliau berkata demikian merujuk kepada cadangan Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli agar kerajaan mengkaji semula kesalahan penggunaan ganja dan melihatnya dari sudut positif.

Dalam pada itu, Khalid juga menegaskan ganja tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya walaupun dalam perubatan.

“Jika ganja digunakan sebagai perubatan, ia mesti dikawal dan bukan digunakan sewenang-wenangnya.

“Ia (ganja) diberi kawalan ketat. Kalau benar ganja digunakan dalam perubatan, ia mesti dibuat secara betul,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.