Gempa bumi di Tasik Kenyir

Gempa bumi di Tasik Kenyir

Gempa bumi bermagnitud 2.7 pada skala Richter dan kedalaman 10km berlaku pada jam 9.25 malam tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

PETALING JAYA:
Tasik Kenyir dilanda gempa bumi bermagnitud 2.7 pada skala Richter dan kedalaman 10km pada jam 9.25 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Gempa dilaporkan berlaku pada kedudukan 5.0 Utara 102.9 Timur, 16km barat daya dari Kuala Berang, Terengganu.

Gegaran turut dirasai di pekan itu yang terletak dalam daerah Hulu Terengganu dengan 5,803 penduduk (bancian 2000).

Setakat berita ini ditulis, tiada maklumat samada gempa berpunca daripada gegaran bumi teraruh (induced seismicity) atau semulajadi.

METMalaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.