Pembantu Rosmah kongsi pengalaman Najib di sempadan Gaza

Pembantu Rosmah kongsi pengalaman Najib di sempadan Gaza

Rizal berbangga kerana dapat berkhidmat untuk Perdana Menteri Malaysia pertama yang berani menjejak kaki di bumi Gaza.

rizal-mansor

PETALING JAYA:
Pegawai Khas kepada isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor berkongsi pengalamannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berada di sempadan Gaza dalam laman sosial Facebook miliknya.

Diangkat sebagai salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat dengan Perdana Menteri, Rizal menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang berani dan berjiwa besar kerana sanggup mengambil risiko menjejak kaki di Gaza.

“Januari 2013.. masih segar di ingatan saya sehari sebelum PM melangkah masuk ke bumi Gaza.. saya tiba lebih awal di sempadan.. kedengaran jet pejuang Israel berlegar-legar di udara.. saya mula membayangkan pelbagai risiko yang akan dihadapi keesokan hari apabila PM akan menyeberangi sempadan..

“Saya difahamkan pasukan keselamatan ada memaklumkan hal ini kepada beliau.. namun beliau tetap dgn keputusannya untuk masuk ke Gaza..

“Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang perkhidmatan saya dengan seorang pemimpin yang berani dan berjiwa besar.. bangga dapat berkhidmat untuk Perdana Menteri Malaysia pertama yang berani menjejak kaki di bumi Gaza.. Allahu Akbar!,” tulisnya.

Rizal juga menyudahi statusnya itu dengan hashtag “‪#‎SelamatMenyambutUlangtahunke40DalamPolitik‬”.

Link FB : Rizal Mansor

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.