Selepas berada kira-kira lima minit di atas pentas, Kazim meminta maaf kepada orang ramai yang hadir kerana tidak dapat meneruskan ceramah kerana sakit dada kira-kira jam pukul 9 malam.
Beberapa media melaporkan, Kazim dibawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM.
Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus dilaporkan berkata, Kazim ketika tiba di Kelantan petang semalam sudah kelihatan pucat dan kepenatan namun demi janjinya untuk berceramah di Bachok, beliau tetap hadir seperti dirancang.
Katanya, Kazim sepatutnya ke hospital tetapi menangguhkannya kerana mahu berjumpa dengan penduduk Bachok.
Kazim, terkenal dengan gelaran ustaz UMNO dan pernah mencetuskan kontroversi apabila menolak cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantiknya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT).
Beliau juga terkenal menerusi program berbentuk dakwah, Kalau Sudah Jodoh yang disiarkan di ASTRO.
