Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ekoran masih terdapat bahan-bahan dalam produk kecantikan kini menggunakan bahan yang terlarang atau tidak mematuhi syariat Islam.
“Apa yang diperlukan adalah lebih intensif dalam kajian dan penyelidikan serta lebih banyak inovasi bagi mencari alternatif halal menggunakan minyak kelap sawit.
“Ia sekaligus bagi menggantikan penggunaan bahan-bahan yang tidak halal,” katanya sewaktu berucap merasmikan program Konvensyen Kosmetik Halal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Jelasnya lagi, pihak kerajaan telah kenal pasti teknologi yang boleh dibangunkan melalui minyak sawit, antara sebagai bahan menggantikan minyak berasaskan haiwan.
“Salah satu sumbangan utama negara dalam industri halal adalah membangunkan 13 standard halal Malaysia.
“Ia merangkumi produk-produk halal dan juga perkhidmatan-perkhidmatan halal,” ujar beliau lagi.
Minggu lalu, Zahid mengumumkan bahawa Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan mulai hari ini dan digantikan dengan Majlis Halal Malaysia (MHM).
