Tiada demokrasi selagi Islam ditentukan pihak berkuasa

Tiada demokrasi selagi Islam ditentukan pihak berkuasa

Bekas Menteri Undang-Undang itu berkata kenyataan Asyraf berhubung liberal dalam batas Islam tidak masuk akal.

Islam

PETALING JAYA:
Islam dan demokrasi tidak mungkin seiringan selagi agama masih dibawah ketentuan pemerintah, kata bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.

“Pada ketika pihak berkuasa agama melanggar kebersendirian (privacy) seseorang individu, maka tiada lah kebebasan dan demokrasi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Zaid menjawab kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata seorang Muslim itu boleh menjadi liberal selagi masih dalam batas Islam.

Zaid menjelaskan liberalisme bermaksud menerima kewujudan persekitaran yang bebas, dimana orang ramai bebas membuat pilihan masing-masing tanpa campurtangan pihak berkuasa, “kecuali jika melibatkan ketenteraman awam atau keselamatan negara.”

Zaid berkata kenyataan Asyraf itu tidak masuk akal, dan menambah timbalan menteri itu seperti seorang “ahli politik tipikal”.

“Dia mahu bercakap seperti seorang liberal tetapi tidak sama-sekali.”

Zaid berkata demokrasi tidak wujud dalam keadaan masa kini kerana konteks dan peraturan Islam ditentukan oleh Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri dan tiada siapa boleh pertikaikan.

“Sekiranya mereka benarkan kebebasan untuk demokrasi dan membuat pilihan, Maka tentulah Islam dan idea-idea liberal boleh berjalan seiring.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.