Rafizi tidak ikhlas, cuba politikkan Tabung Haji – Utusan

Rafizi tidak ikhlas, cuba politikkan Tabung Haji – Utusan

Beliau didakwa mahu menjadi 'jaguh kampung' kerana terus membuat tuduhan tidak berasas kepada Tabung Haji.

rafizi,utusan,th

PETALING JAYA:
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dituduh tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebaliknya hanya mahu mempolitikkan agensi itu.

Akhbar Utusan mendakwa, Ahli Parlimen Pandan itu sebenarnya ha­nya mahu mencari publisiti murahan selepas ‘serangan demi sera­ngan’ yang beliau lancarkan ke atas Tabung Haji selama ini tidak memberikan sebarang kesan.

“Kalau ikhlas sudah tentulah beliau akan mengikut jejak pemimpin-pemimpin PAS yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Tabung Haji bagi merungkai segala persoalannya yang berada dalam ‘kepala otaknya’.

“Tetapi Rafizi setakat ini tidak berbuat demikian, sebaliknya mahu terus menjadi ‘jaguh kampung’ dengan melakukan tindakan membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tabung Haji. Apapun penulis percaya, helah politik Rafizi tidak ke mana. Ia memandangkan Tabung Haji sudah membuktikan keteguhannya melalui pembayaran bonus dan dividen baru-baru ini, yang Rafizi dikatakan turut ‘mengaut keuntungan besar’,” kata akhbar UMNO itu.

Akhbar itu mengesyorkan jika Rafizi yakin pejuang kebenaran maka beliau juga tidak keberatan untuk membuat permohonan supaya kes beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) disegerakan.

“Seperti mana kata Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Azalina Othman Said kes itu sudah berpanjangan selama empat tahun dan pematuhan terhadap BAFIA adalah penting kerana ia adalah penanda aras kepada sektor kewangan negara,” kata akhbar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.