Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail, berkata setiap pasukan seharusnya mengutamakan masalah gaji pemain terlebih dahulu berbanding isu pembangunan pasukan yang lain.
“Ada pasukan lebih berminat menukar warna stadium, lebih berminat menentukan jersi pemain musim depan daripada membayar gaji pemain yang tertunggak.
“Ini perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengambil kira perkara lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tidak cukup dengan kritikan itu, Izaham turut mendedahkan jumlah gaji pemain yang tertungak melibatkan beberapa pasukan bola sepak tempatan pada musim lalu.
Katanya, sejumlah RM4.47 juta gaji pemain bola sepak tidak dibayar oleh kelab bola sepak kepada pemain mereka pada musim 2015.