Khairuddin bukan berniat persenda Islam – Nik Zawawi

Khairuddin bukan berniat persenda Islam – Nik Zawawi

Dewan Ulama PAS pusat merasakan ia bukan dilakukan dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam.

Mohd Khairuddin Othman zawawi

PETALING JAYA:
Dewan Ulama PAS berpendapat tindakan ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai menyerupai dewa Cina, Dewa Cao Guo Jin pada sambutan Tahun Baru Cina bukanlah dibuat dengan niat mempersenda agama Islam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham kerana tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.

“Merujuk kepada kes yang melibatkan saudara Yb Khairuddin Othman yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah oleh masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian dalam kalangan umat Islam adalah merupakan satu insiden yang mendukacitakan.

“Namun Dewan Ulama PAS pusat merasakan ia bukan dilakukan dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khairuddin yang juga Setiausaha PAS Selangor mengakui kesilapan dan menyatakan kesediaannya berhadapan dengan sebarang keputusan Majlis Syura Ulama (MSU).

Sehubungan itu, Nik Zawawi berkata Dewan ulamak PAS berharap semua ahli-ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku yang membabitkan keagamaan agar tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.