Zamihan ‘ready’ berdepan Asri

Zamihan ‘ready’ berdepan Asri

Beliau mempertikaikan cara penganjur mengaturkan wacana secara sebelah pihak.

asri-zam
PETALING JAYA: Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin Al-Ghari membidas pengaturan wacana yang menemukan beliau dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang menurutnya dibuat secara sebelah pihak dan sewenangnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zamihan mempertikaikan agenda penganjur yang mendakwa beliau telah bersetuju untuk berdebat dengan tokoh agama dari utara tanahair itu, walhal beliau, menurut kenyataan itu, belum menerima surat jemputan penganjur.

“Shahidan terus menetapkan aturcara mengikut seleranya apabila menjadikan 10 Febuari sebagai tarikh wacana,” kata Zamihan merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurut Zamihan, beliau bertugas memulihkan pengganas dan penjenayah di Penjara Machang, Kelantan pada hari itu.

“Membuat keputusan tanpa merujuk tuan badan akan membuka ruang bagi menuduh saya takut untuk berdebat atau berwacana dengan Asri pada tarikh berkenaan.”

Sambil mempertikaikan tindakan Shahidan itu, Zamihan menyatakan bahawa beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan “tukang fitnah agama” khususnya Asri yang telah “sekian lama menuduh saya Syiah”.

“Ya. Kita bakal melihat fakta…siapakah sebenarnya yg mula mencetuskan isu takfir (mengkafirkan orang lain), tabdi’ (menuduh seseorang melakukan pembaharuan dalam agama), tasyrik, anti-mazhab dan melanggar enakmen negeri lain.”

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.