Siasat kebocoran surat peringatan Bank Negara – PAS

Siasat kebocoran surat peringatan Bank Negara – PAS

Isu kebocoran kandungan surat terbabit boleh menjadi ikutan yang tidak baik dalam pengurusan negara.

Datuk-Dr-Mohd-Khairuddin-Aman-Razali-At-Takiri,

PETALING JAYA:
PAS menggesa kerajaan menyiasat isu kebocoran kandungan surat peringatan Bank Negara kepada Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, berkata perkara itu boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara

“Ia boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara apabila dokumen rasmi dibocorkan sehingga menimbulkan pelbagai persepsi kepada rakyat,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.

Isu kebocoran kandungan surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada TH menjadi topik hangat di media sosial apabila ia menjadi viral.

Akibat kebocoran itu, TH telah membuat laporan polis berhubung kedudukan kewangannya yang dibocorkan kepada umum.

Mengulas lanjut, Khairuddin menasihatkan BNM dan TH supaya menyelesaikan perbezaan pandangan secara baik tanpa sebarang sentimen kerana ia membabitkan rakyat.

“Sebarang isu membabitkan TH menimbulkan sentimen besar dalam kalangan pendeposit TH.

“Pada masa sama, meskipun saya difahamkan TH tidak tertakluk kepada pengawasan BNM, penyelarasan dan nasihat serta pandangan baik antara dua institusi itu perlu diharmonikan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.