Najib arah Kementerian Kesihatan cegah demam denggi, virus Zika

Najib arah Kementerian Kesihatan cegah demam denggi, virus Zika

Najib turut menggesa rakyat supaya menghapuskan sumber atau vektor kepada kedua-dua wabak dan virus berkenaan iaitu nyamuk Aedes

NAJIB-ZIKA

PETALING JAYA:
Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya mengambil semua langkah-langkah pencegahan bagi melindungi rakyat daripada terkena demam denggi dan virus Zika.

Menerusi entri terbaru di laman blog beliau NajibRazak.com, Perdana Menteri mahu semua pihak termasuk agensi kerajaan dan rakyat keseluruhannya berganding bahu memerangi nyamuk Aedes yang merupakan ejen penyebaran kedua-dua penyakit berkenaan.

“Saya sedia maklum mengenai masalah demam denggi di beberapa kawasan dalam negara, dan juga kerisauan mengenai virus Zika yang melanda banyak kawasan di rantau Amerika,” katanya.

Najib turut mengingatkan rakyat agar mengambil langkah-langkah pencegahan serta menghapuskan sumber atau vektor kepada kedua-dua wabak dan virus berkenaan iaitu nyamuk Aedes.

“Jangan beri walau sedikit ruang untuk ia membiak,” tegasnya.

link blog: Demam Denggi & Virus Zika: Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.