ADUN pembangkang tidak sokong Mukhriz

ADUN pembangkang tidak sokong Mukhriz

Pharolrazi mengakui bukan semua 15 ADUN pembangkang menyokong Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

phahrolrazi_mukhriz_kedah_600

PETALING JAYA:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan Menteri Kedah selepas gagal mendapat sokongan penuh Ahli Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu.

Semalam, semua 15 ADUN pembangkang mengeluarkan satu kenyataan media menyokong penuh Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, ada sesetengah ADUN pembangkang telah menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang juga ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

“Tidak semua ADUN pembangkang sokong (Mukhriz), ada yang sokong dan ada yang tak sokong,.

“Saya tidak boleh beritahu jumlah yang menyokong dan tidak menyokong berapa dan pendirian saya terhadap Mukhriz biarlah rahsia,” katanya kepada FMT.

Phahrolrazi berkata, hanya satu soalan ditanya ketika menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu ‘ Adakah YB sokong Mukhriz atau tidak?’.

Semalam, seramai 14 daripada 15 ADUN pembangkang Kedah menghadap Jemaah Pemangku Kedah.

ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara.

ADUN Bakar Bakar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.