Najib perguna Mukhriz untuk tawan Kedah

Najib perguna Mukhriz untuk tawan Kedah

Mukhriz diibaratkan seperti titi untuk Najib dan UMNO yang akan buang titi itu selepas hajat tercapai.

Dr-Ahmad-Fakhruddin-Fakhrurazi,NAJIB,

ALOR SETAR:
PAS mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya diperguna oleh Datuk Seri Najib Razak untuk merampas balik Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata demikian apabila mengulas tindakan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah yang secara tiba-tiba membuat keputusan mendesak Mukhriz berundur.

“Mukhriz ini saya lihat seperti titi oleh kerajaan BN dan UMNO.

“Apabila BN sudah dapat seberang menggunakan titi itu, mereka buang titi itu. Itu yang saya lihat situasi Mukhriz masa ini,” katanya kepada FMT.

Katanya, PAS tidak terkejut dengan kemelut yang sedang berlaku dalam UMNO di Kedah.

Katanya, ia disebabkan acuan UMNO yang sebegitu telah meresap ke dalam jiwa ahli-ahlinya.

“Saya tidak terkejut kerana kita tahu acuan UMNO dari atas telah meresap ke dalam ahli-ahli mereka. Jadi berlakulah polemik seperti ini,” katanya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.