Virus Zika: Amaran kepada atlet, pelancong sukan Olimpik

Virus Zika: Amaran kepada atlet, pelancong sukan Olimpik

Penganjuran Sukan Olimpik di ibu negara Brazil, Rio De Janeiro pada tahun ini yang bakal mengundang ratusan ribu pengunjung selaku tuan rumah dipersoal tahap keselamatannya.

rio-zika

PETALING JAYA:
Penyebaran virus Zika di negara-negara di Amerika Selatan dikhuatiri akan turut memberi kesan kepada penganjuran sukan sedunia, Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada bulan Ogos ini.

Ia kerana para atlet dan pelancong yang merancang menyertai sukan tersebut diminta mempertimbangkan keadaan kesihatan mereka sebelum memutus melawat negara Brazil, lapor portal Metro.co.uk.

Amaran itu diberikan sebagai usaha awal oleh pegawai-pegawai keselamatan membendung penularan virus Zika yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Ia memberi simptom seperti demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa manakala menyebabkan kecacatan kelahiran kepada golongan bayi.

Brazil, antara negara yang mencatat rekod bilangan tertinggi iaitu 1.5 juta kes.

Justeru, penganjuran Sukan Olimpik di ibu negaranya, Rio De Janeiro pada tahun ini yang bakal mengundang ratusan ribu pengunjung selaku tuan rumah dipersoal tahap keselamatannya.

Seorang pegawai kesihatan dari Australia, David Hughes, mengingatkan ahli pasukan yang hamil pada waktu itu supaya berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan meneruskan perjalanan ke Brazil.

Dalam pada itu, pasukan Australia, Rusia, Amerika dan United Kingdom dikatakan sedang memantau teliti keadaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.