KJ tersenarai `Top 5′ anugerah MeleTOP Era 2016

KJ tersenarai `Top 5′ anugerah MeleTOP Era 2016

Empat pencalonan lain yang akan menandingi Khairy adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Emma Maembong dan Shaheizy Sam

KJ

PETALING JAYA:
Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) mencatat sejarah apabila menyenaraikan nama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi kategori Bintang Online.

Sebuah laman portal melaporkan, Khairy yang popular dengan panggilan KJ tercalon dalam kategori itu bersama empat pencalonan lain iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Emma Maembong dan Shaheizy Sam.

Siti yang merupakan penyanyi nombor satu negara terus menjadi pilihan apabila tercalon dalam empat kategori antaranya Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Lagu MeleTOP (Terbaik Bagimu) dan Bintang Online MeleTOP.

Pemilihan Siti yang mendominasi anugerah tersebut yang akan berlangsung pada 28 Februari ini membawa sinar lebih cerah untuk menjuarai kategori-kategori yang dicalonkan.

Nama besar lain yang turut mendominasi pencalonan pada tahun ini termasuk Zizan Razak, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam dan Syamel AF 2015.

Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 16 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV dan Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.