Beliau yang kesal dengan tindakan itu berkata, ia jelas menghalang usaha menjadikan rakyat dekat dengan Raja-Raja kerana ada generasi muda masa kini yang tidak mengenali Raja mereka mahupun Yang di-Pertuan Agong.
“Sebelum merdeka, institusi Raja di negeri ini dalam keadaan baik, tetapi selepas merdeka ramai yang sudah tak kenal siapa Sultan, siapa Raja.
“Sultan ada datang berjumpa saya dan bertanya bagaimana untuk dekat dengan rakyat, saya kata mari kita solat Jumaat. Alhamdulillah, selepas solat, rakyat dapat bertemu dengan Sultan.
“Tetapi lawatan itu ada yang dibatalkan kerana kononnya banyak wang habis kerana Raja selalu menegur masjid yang kita pergi itu kotor atau masjid itu tidak bercat. Kerana takut wang tidak ada maka dihentikanlah,” katanya mengikut laporan Sinar Harian, hari ini.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, beliau akan terus mempertahankan institusi Raja di negeri berkenaan.
“Biarlah patik menjadi perisai kepada orang yang menentang atau menderhaka kepada Raja,” katanya ketika berucap sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Casuarina @ Meru.
