Penyokong JDT bakal miliki stadium baharu

Penyokong JDT bakal miliki stadium baharu

Stadium itu akan disiapkan dalam tempoh setahun setengah.

tmj
PETALING JAYA:
Para penyokong JDT bakal mendapat stadium baharu yang dipanggil sebagai rumah rasmi pasukan Harimau Selatan.

Sebuah laman portal melaporkan, perkara itu diumum oleh Penasihat Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sebuah syarikat besar yang akan membina stadium telah menyampaikan kepada kami bahawa projek pembinaan stadium ini boleh disiapkan dalam tempoh satu tahun setengah,” kata baginda yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor.

Majlis pecah tanah pembinaan stadium berkenaan kata baginda akan dilakukan pada 30 Januari iaitu Sabtu ini yang akan dihadiri oleh para penyokong JDT.

Menurutnya, kelab itu mempunyai 70 ekar tanah di mana 40 ekar akan digunakan untuk pembinaan stadium manakala 30 ekar yang lebih adalah untuk kemudahan lain seperti hotel, pangsapurai, kompleks membeli-belah dan kompleks sukan.

Katanya, projek pembinaan stadium dan kompleks sukan termasuk akademi merupakan sebahagian daripada projek JDT Sport City.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.