
Perkara itu disahkan Setiausaha Biro KPI UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim ketika dihubungi FMT.
“Mesyuarat ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, sebab-sebab khusus pembatalan mesyuarat tersebut tidak diketahui.
Keputusan penangguhan mesyuarat itu dipercayai bagi memberi laluan kepada kepimpinan UMNO kedah yang dijadual bertemu dengan Najib pada jam 4 petang ini.
Pertemuan di Menara Dato Onn itu dilakukan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini.
UMNO memperkenalkan KPI disemua peringkat bagi mengetahui pencapaian sebenar parti di seluruh negara.
Penilaian itu dilakukan bagi mendapatkan gambaran dan hala tuju UMNO selain menaik taraf parti terutama dalam menghadapi cabaran masa kini.
Sementara itu, tinjauan krew mendapati, kenderaan rasmi Najib tiba di Menara Dato Onn sejak jam 9.30 pagi lagi.