Langkah itu menandakan secara rasmi berakhirnya rundingan mengenai penjanjian itu.
Menteri Perdagangan New Zealand, Todd McClay berkata, Proses rundingan perjanjian itu yang telah bermula sejak 2008 akan berakhir pada bulan depan.
“Majlis menandatangi itu akan menandakan proses rundingan TPP berkahir,” katanya lapor agensi berita AFP.
Menurutnya, kesemua 12 buah negara terbabit boleh memulakan proses pengesahan di negara masing-masing dan mempunyai masa sehingga dua tahun untuk disiapkan, sebelum perjanjian itu mula dikuatkuasakan sepenuhnya.
Beliau berkata, Seluruh perjanjian itu perlu disahkan seperti yang dipersetujui, tanpa perubahan, yang boleh ‘mengikat tangan kerajaan dan undang-undang’.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyifatkan perjanjian itu sebagai asas untuk “perdagangan abad ke-21”.
Bagaimanapun, para pengkritik yang membantah perjanjian itu masih terus berjuang kerana TPP didakwa mengancam hak-hak pekerja, perlindungan alam sekitar dan akses kepada ubatan yang lebih murah.
Antara negara yang bakal menyertai TPP ialah Kanada, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam – mewakili kira-kira 40 peratus daripada ekonomi global.