Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh suruhanjaya itu.
“Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion yang telah dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015.
“Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kes SRC International, dan kes RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada Mohamed Apandi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dipetik berkata, badan itu mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan bagi dua kes itu untuk tindakan Peguam Negara.
“Justeru itu, SPRM menaruh keyakinan tinggi kepada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional,” katanya
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu temubual khas bersama FMT meramalkan Mohamed Apandi akan mengenepikan laporan SPRM ke atas kes SRC International dan wang derma RM2.6 bilion itu.