Menceritakan kejadian itu, Subramaniam Munusamy, 33, berkata, dia dipukul lelaki terbabit dengan sebatang besi ketika bersama isteri membeli barangan basah di pasar berkenaan.
Dia mendakwa, bukan sahaja dipukul malah, lelaki warga asing terbabit turut mengugut untuk membunuhnya jika dia masih berdegil datang ke pasar itu.
“Sewaktu saya dan isteri ingin memberi barang, warga Myanmar itu tiba-tiba memukul badan saya menggunakan sebatang besi. Pada mulanya hanya lelaki itu sahaja yang datang menyerang sebelum tiba-tiba datang yang lain.
“Mereka beritahu saya tiada siapa yang dibenarkan masuk ke dalam pasar borong ini, jika masuk mereka akan bunuh.
“Saya pergi sana hanya untuk membeli barang dan saya tidak pernah memusuhi sesiapa, sejak kes itu saya rasa takut dan terganggu, saya berharap pihak polis mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat,” katanya ketika ditemui FMT selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.
Sementara itu, isteri mangsa, Ganga Thevi Chanderan, 31, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan lelaki warga Myanmar yang terlibat.
“Saya masih bernasib baik kerana dia (warga Myanmar) pukul suami saya guna besi kalau dia gunakan pisau, kemungkinan saya dan suami akan menjadi mangsa bunuh disana.
“Sejak kejadian itu, saya takut untuk pergi ke pasar berkenaan,” ujarnya.