Beliau berkata, permohonan diserahkan kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Selangor, Dato’ Zakaria Abdul Rahman.
“Permohonan sudah diserahkan kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja. Beliau akan tetapkan tarikh untuk pertemuan seterusnya,” katanya kepada FMT.
Ketika ditanya tentang peluang rayuan Diraja tersebut, beliau enggan mengulas panjang dan hanya berkata “tunggu dan lihat”.
Azilah dan seorang lagi bekas pengiring Perdana Menteri Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati selepas disabit bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Azilah kini ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Sirul ditahan pihak Imigresen Australia selepas melarikan diri ke sana.