“Saya pernah lihat pelajar universiti menangis kerana tiada duit”

“Saya pernah lihat pelajar universiti menangis kerana tiada duit”

Aktivis bidas masyarakat yang tuduh pelajar universiti di negara ini sebagai manja

student

PETALING JAYA:
Masyarakat perlu bersikap lebih adil terhadap golongan pelajar universiti dan tidak sepatutnya melabel mereka sebagai manja.

Aktivis pelajar, Hasliza Mohd berkata, kerajaan dan masyarakat tidak sepatutnya menafikan ada pelajar universiti yang kebuluran.

“Saya pernah melihat pelajar menangis setiap kali pada penghujung semester kerana kehabisan wang,” kata Hasliza yang juga ahli Serikat Mahasiswa and Ikatan Mahasiswa dalam temuramah eksklusif bersama FMT di sini, baru-baru ini.

Hasliza berkata demikian sebagai mengulas sikap skeptisme susulan laporan media berhubung dakwaan ada pelajar universiti kebuluran kerana masalah kewangan.

Mengenai cadangan pelajar bekerja sambilan, Hasliza menegaskan saranan itu belum tentu dapat menyelesaikan masalah pelajar kesempitan wang.

“Ia mungkin dapat membantu pelajar daripada sudut kewangan tetapi mungkin akan membebankan daripada sudut kehadirannya ke kelas dan tanggungjawab lain sebagai pelajar,” katanya.

Katanya, banyak faktor yang menyebabkan pelajar universiti berhadapan masalah kesempitan wang dan antaranya ialah terpaksa menghantar wang ke kampung demi menyara keluarga.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.