Laungan azan sebelum perlawanan The Red Warriors

Laungan azan sebelum perlawanan The Red Warriors

Ia antara perubahan yang diperkenalkan selain stadium dicat warna merah jambu selepas KAFA terima tajaan Datuk Vida.

Annuar-Musa
PETALING JAYA: Laungan azan akan dibuat sebelum bermulanya perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, lapor Malaysiakini, hari ini.

Portal itu melaporkan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata, nyanyian lagi Negaraku juga akan berkumandang sebelum perlawanan.

“Tiket akan dijual secara atas talian dengan pilihan untuk mendapatkan tiket semusim

“Akan ada lebih banyak pembabitan atlet lain dan artis, beserta jemputan terhadap kanak-kanak daripada rumah anak yatim dan orang kurang upaya,” katanya.

Annuar berkata, KAFA akan menambah elemen kekeluargaan dalam perlawanan pasukan The Red Warriors.

“Kita cuba mewujudkan rasa muhibbah, mesra keluarga dan imej prihatin. Ini akan menambah pengalaman menarik kepada penonton,” katanya.

Perubahan itu dilakukan susulan persetujuan KAFA untuk menerima tajaan sebanyak RM16 juta daripada pengusaha produk kecantikan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida.

Antara syarat yang ditetapkan Datuk Vida ialah stadium pasukan bola sepak Kelantan perlu dicat warna merah jambu dan harus menjadikan hari perlawanan diadakan lebih mesra keluarga

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.