Saman: Najib- Liong Sik setuju guna mediasi

Saman: Najib- Liong Sik setuju guna mediasi

Kedua-dua pihak setuju untuk mencuba proses mediasi atau pengantara bagi menyelesaikan saman fitnah Perdana Menteri terhadap bekas Presiden MCA

Hafarizam-Harun,liong-sik,najib
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan proses mediasi berhubung saman fitnah terhadap Tun Dr Ling Liong Sik.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun memaklumkan perkara itu kepada media selepas berbincang dengan Hakim John Louis O’Hara dalam kamar hakim.

“Hakim menasihatkan kami merujuk ke ini ke Pusat Mediasi. Kedua-dua pihak (Najib dan Liong Sik) setuju untuk mencuba proses ini,” katanya.

Katanya, mahkamah menetapkan 18 Februari untuk pengurusan kes dan mendengar perkembangan proses mediasi itu.

Najib memfailkan saman terhadap bekas Presiden MCA itu yang membuat kenyataan yang didakwa telah memfitnahnya pada 27 Oktober tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.