Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata ini kerana setiap parti mahu menunjukkan kebimbangan mereka berhubung sesuatu isu.
“Kadangkala AMANAH pun memerlukan publisiti untuk menunjukkan mereka membawakan sesuatu isu supaya orang tak nampak AMANAH bantai PAS sahaja.
“Bagi saya, tidak ada perkara pelik mengenai perkara itu. Adakala Keadilan bersendirian untuk mengadakan demostrasi..adakalanya Pas bersendirian..apa-apa la..saya rasa tidak ada isu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jumlah peserta yang kurang memberangsangkan khususnya ahli DAP dan PKR semasa tunjuk perasaan #ShutdownSungaiBesi pada ambang tahun baru meskipun isu yang dibawa rapat dengan rakyat.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemberian lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), Tian Chua mengesahkan partinya membuat tawaran kepada AMANAH.
Katanya, penawaran itu atas dasar persahabatan dan PKR menganggap AMANAH sebahagian daripada Kerajaan Selangor.
Beliau turut diminta mengulas adakah Pas ada memberi kerusi miliknya kepada Amanah.
“Saya ragu-ragu la. Saya tak fikir begitu. Susah la. Kita pun faham kalau you nak PAS beri, PAS mestilah menentang..then DAP pun tak nak bagi. Semua orang tak mahu bagi. At the end, thanks to Keadilan,” tegasnya.
