
Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata demikian menyelar keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini yang menolak kerjasama dengan UMNO.
“Hari ini, sudah jelas kepada umat Melayu di negara ini bahawa PAS yang enggan bekerjasama dengan UMNO. Mereka (PAS) terlalu oportunis dan hanya mementingkan agenda politik.
“Umno realistik dan ikhlas untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu menerusi bentuk kerjasama itu, tetapi malangnya PAS bertindak sebaliknya,” katanya.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu juga berkata keputusan perkumpulan ulama PAS itu langsung tidak mencerminkan prinsip asas parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam.
Namun, Syed Ali berharap PAS agar menimbang semula ketetapan itu, dan mengajak anggota syura supaya bersemuka dengan UMNO.
“Majlis Syura Ulama sepatutnya terlebih dahulu mengadakan pertemuan atau perbincangan tidak rasmi dengan UMNO sebelum membuat sebarang keputusan yang dilihat tidak menguntungkan kepada perkembangan politik orang Melayu,” katanya.