“Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100 peratus iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd – sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.
“Pada Julai 2015, Pulau Pinang memberi pemilikan 49 peratus daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100 peratus kerajaan Singapura,” menurut portal itu.
Jelas portal berkenaan, apabila Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP melakukan perkara yang sama, ia dianggap sebagai ‘pelaburan asing’.
“Entah bagaimana, 24 peratus daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada syarikat China dianggap sebagai ‘jual negara’ dan bukannya pelaburan asing. Saya tak paham. Penang (Pulau Pinang) kecil tapi mereka jual banyak. Nanti bila dapat kerajaan pusat, lagi banyak yang bakal terjual.
“Lagipun, penjualan Bandar Malaysia telah dimeterai melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh pihak ketiga. Adakah, penjualan kedua-dua tanah di Pulau Pinang juga melalui tender terbuka. Nampaknya tidak kelihatan seperti itu,” soal portal itu.
Ulasan Mykmu.net itu menyusuli bidasan orang-ramai terhadap pelan rasionalisasi 1MDB yang melepaskan kepentingan 60 peratus di Bandar Malaysia kepada syarikat usaha sama antara China Railway Engineering Corp dan Iskandar Waterfront Holdings (IWH).
