Saya tak suruh orang makan nasi lauk kicap – Ahmad Maslan

Saya tak suruh orang makan nasi lauk kicap – Ahmad Maslan

Beliau mendoakan pihak yang melemparkan fitnah dibukakan hatinya dan insaf serta menyesal atas perbuatan itu

Ahmad-Maslan_comnt_600

PETALING JAYA :
Datuk Ahmad Maslan mendakwa difitnah lagi apabila beliau dikatakan menyuruh orang ramai makan nasi berlaukan kicap bagi menjimatkan perbelanjaan.

Walaupun kecewa, beliau tetap mendoakan agar pihak yang memfitnahnya dibukakan hati dan menyesal atas perbuatan itu.

“Fitnah fitnah. Saya doakan agar orang yang mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah agar kesal dan tak ulangi lagi,” katanya menerusi laman sosial twitter miliknya.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar di twtternya yang didakwa memfitnahnya;

“Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan penghapusan subsidi”

Ketua Penerangan UMNO itu sebelum ini menerima kecaman apabila menyarankan orang ramai agar melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup.

Di sebalik kritikan, beliau tetap akan memberikan saranan kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial bagi membantu rakyat berdepan dengan kehidupan yang mencabar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.