‘Meluncur di udara’, tarikan baru buat pendaki Bukit Kodiang

‘Meluncur di udara’, tarikan baru buat pendaki Bukit Kodiang

Bagi peminat sukan ekstrem, terdapat tarikan baharu diperkenalkan kepada pendaki iaitu ‘drop zone’ yang mana pergerakan turun menggunakan tali dari puncak bukit ke Beranda Kodiang.

Pendaki kini boleh menikmati keindahan sawah padi sambil meluncur di udara. (Gambar Bernama)  

Bukit Kodiang di Kampung Kandis, Kedah menjadi antara lokasi pilihan peminat aktiviti mendaki. Lebih-lebih lagi jika musim padi sedang menghijau di sekitar kawasan bukit itu.

Keletihan mendaki tidak terasa apabila disajikan dengan permandangan sawah padi yang menguning atau menghijau bagaikan karpet gergasi.

Hamparan ‘karpet hijau kuning’ yang seluas mata memandang itu menjadi terapi buat pendaki, menghadiahkan pengalaman yang sukar untuk diungkapkan.

Biarpun bukit itu hanya berketinggian 140 meter, keunikan pemandangan 360 darjah di puncak bukit pasti memukau setiap pendaki.

Bukan hanya permandangan indah sawak padi tetapi pendaki turut dapat menikmati keindahan lanskap landasan kereta api serta bukit-bukau yang luas terbentang bagaikan lukisan.

Namun laluan untuk naik ke puncak adalah sangat mencabar dan curam.

Bagi peminat sukan ekstrem, terdapat tarikan baharu diperkenalkan kepada pendaki iaitu ‘drop zone’ yang mana pergerakan turun menggunakan tali dari puncak bukit ke Beranda Kodiang.

Sekaligus memberi peluang pengunjung menikmati keindahan sawah padi sambil meluncur di udara.

Setiap peserta boleh membuat pembayaran dalam talian sebanyak RM60, RM70 (walk in) dan bayaran “fastline” sebanyak RM150.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.