Euro 2020: Terikat 1-1 dengan Hungary, Griezmann penyelamat maruah Perancis

Euro 2020: Terikat 1-1 dengan Hungary, Griezmann penyelamat maruah Perancis

Antoine Griezmann menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Attila Fiola meraikan jaringan gol selepas meletakkan Hungary di depan pada separuh masa pertama (Gambar AP)
BUDAPEST:
Hungary melakukan kejutan apabila mendahului Juara Dunia Perancis melalui jaringan Attila Fiola pada masa kecederaan separuh masa pertama dalam perlawanan kedua Kumpulan F Euro 2020 di Stadium Ferenc Puskas.

Bagaimanapun, Antoine Griezmann berjaya menjaga air muka Perancis dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-66 separuh masa kedua dan mengikat keputusan sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu meletakkan Perancis empat mata untuk mengungguli sementara kedudukan dalam kumpulan sehingga Portugal, yang memenangi perlawanan pertama mereka, menentang Jerman pada perlawanan kedua, manakala Hungary berada di kedudukan ketiga dengan satu mata.

Tuan rumah mendapat tamparan awal apabila kapten mereka yang juga penjaring berpengalaman, Aadam Szalai digantikan pada minit ke-26.

Dengan sorakan lebih 60,000 peminat, Hungary mendahului dengan satu gol pada masa kecederaan pada babak pertama ketika Attila Fiola bergabung dengan Roland Sallai membawa bola menuju ke gawang untuk menewaskan penjaga gol Hugo Lloris dengan rembatan rendah berdekatan gawang.

Perancis bagaimanapun menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-66 hasil sentuhan Griezmann dan jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perancis akan berada di Budapest untuk perlawanan terakhir kumpulan menentang Portugal, manakala Hungary bertandang ke Munich untuk bertemu Jerman, yang masih berharap layak ke pusingan kalah mati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.