
BUCHAREST: Andriy Yarmolenko menjaringkan gol dan mengumpan gol kedua untuk Roman Yaremchuk, membantu Ukraine mengalahkan Macedonia Utara 2-1.
Yarmolenko menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-29 sebelum mengumpan kepada Yaremchuk untuk gol kedua, lima minit kemudian.
Ezgjan Alioski merapatkan kedudukan untuk Macedonia Utara pada minit ke-57 menerusi bola yang melantun selepas sepakan penalti diselamatkan.
Bagaimanapun, pemain tengah Ukraine, Ruslan Malinovskyi gagal memastikan kemenangan selesa apabila tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
Macedonia Utara tewas dalam perlawanan awal Kumpulan C dan bakal tersingkir jika Belanda menang ke atas Austria di Amsterdam awal pagi ini.