Pengalaman desa Hobbit kini di Kundasang Sabah

Pengalaman desa Hobbit kini di Kundasang Sabah

Tidak perlu ke New Zealand untuk merasai pengalaman mengidap di desa Hobbit, anda hanya perlu datang ke Kundasang, Sabah dan alami sendiri pengembaraan bersama Tolkien sepenuhnya.

Rumah penginapan ini diinspirasikan dari kisah The Hobbit oleh J R R Tolkien. (Gambar Facebook)
KUNDASANG:
Umpama berada di perkampungan Hobbit, homestay yang terletak di Kundasang ini bagai membawa pelawat menerokai alam Hobbit. Desa “Shire” tenang dengan rumah-rumah Hobbit yang comel direka cantik dan selesa.

Tidak perlu ke New Zealand untuk merasai pengalaman mengidap di “The Shire”, anda hanya perlu datang ke Kundasang, Sabah dan alami sendiri pengembaraan bersama Tolkien sepenuhnya.

B-Inspired Abode, antara unit homestay yang menawarkan pengalaman eksklusif mengidap di rumah Hobbit. (Gambar Facebook)

B-Inpired Abode, nama homestay yang menawarkan pengalaman eksklusif ini telah mengumpulkan unit yang diilhamkan oleh Tolkien iaitu “Humble Hobbit Home”.

Kang Fairuz, pereka dan pemilik Humble Hobbit Home, mengatakan bahawa homestay ini dicipta untuk memberikan para tetamu penginapan yang terbaik.

“The Humble Hobbit Home” boleh memuatkan sehingga lima orang tetamu. (Gambar Facebook)

Menariknya, Kang Fairuz sendiri mengakui bahawa dia bukanlah peminat fanatik siri ‘The Lord of the Rings’ (LOTR) atau karya lain dari Tolkien. Dia hanya tertarik dengan idea rumah tersebut yang bersangkutan dengan alam dan ketika menyusuri Pinterest, dia menemukan idea untuk membuat ‘lubang’ Hobbit.

Tanpa latar belakang seni bina, dia belajar sendiri cara membina rumah Hobbit. Hanya lakaran dan sedikit idea, dia akhirnya berjaya menyelesaikan projek rumah Hobbit, hasil dari kerja kerasnya sendiri.

Malah, kesamaan daerah tersebut dengan jalan cerita desa Hobbit adalah bonus baginya.

Pemandangan indah Kundasang, menyempurnakan lagi ‘jalan cerita’ di Humble Hobbit Home. (Gambar Facebook)

Maka, kerana itulah, Humble Hobbit Home kelihatan sempurna sesuai dengan pemandangan ladang dan dataran tinggi Sabah, seakan desa “The Shire”.

Malah, para pengunjung juga dapat menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau bila menyingkap tingkap dari rumah Hobbit, menjadikan penginapan mereka tidak dapat dilupakan.

Selain itu, menurut Kang, Humble Hobbit Home juga sering menjadi lokasi mempotretkan momen perkahwinan kerana latar belakangnya yang indah.

Pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu dari Humble Hobbit Home. (Gambar Facebook)

Walaupun pandemik Covid-19 seakan melumpuhkan industri pelancongan di seluruh negara, namun, Kang telah mencatatkan peningkatan jumlah pertanyaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijalankan di Sabah.

Sementara Humble Hobbit Home terus menjadi inspirasi bagi pembikinan filem, Kang sendiri mengimpikan untuk mendirikan seluruh kampung Hobbit suatu hari nanti.

“Namun, kerana ruang yang terbatas di homestay sekarang, kami mempertimbangkan untuk memperluaskan rancangan ini dengan membangunkan lebih banyak rumah di tempat lain yang pemiliknya bersedia untuk berkolabrasi dengan kami,” katanya.

B-Inspired Abode
Kampung Lagkau Sinisian
89308 Kundasang
Sabah

Hubungi: (016) 588 1863

Laman Web: binspiredabodekundasang.wordpress.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.