
Gencatan senjata di Gaza diumum Donald Trump lewat September lalu. Sejak itu hampir setiap hari isteri saya bertanya “tak ada lagi serangan Israel kan?, Tak ada lagi rakyat Palestin dibunuh?”.
Jawab saya “Tak adalah kot”. Logiknya gencatan senjata bermakna semua serangan dihentikan. Iyalah nama pun ‘gencatan senjata’. Ertinya semua penggunaan senjata untuk menyerang dan membunuh ‘digencat’ serta merta. Namun saya masih guna istilah ‘kot’ semasa menjawab pertanyaan isteri saya.
Sebab? Saya tak pasti serangan Israel benar benar terhenti atau dihentikan. Semasa isteri saya tanya kali pertama, masa itu gencatan baru diumum.
Tetapi serangan tidak dihentikan serta merta. ‘Cadangan gencatan senjata itu ‘terpaksa’ dibawa ke Kabinet keselamatan Israel untuk diluluskan meskipun Benjamin Netanyahu beritahu Tump beliau setuju gencatan senjata dilaksanakan.
Pelik. Mungkin itu prosedur ‘demokratik’ Israel yang memperuntukkan lampu hijau Kabinet keselamatan wajib diperolehi.
Pada pandangan saya bukankah lebih elok jika perdana menteri (dalam hal ini Netanyahu) dan khususnya pasukan rundingan Israel diberi mandat atau kuasa penuh buat keputusan bagi pihak negara (Israel sebuah negara?) sama ada menerima mahu pun menolak apa-apa cadangan yang dikemukakan.
Begitu amalan ‘demokrasi’ Israel rupanya. Perdana menteri setuju tetapi cadangan mesti bawa untuk dipersetujui Kabinet keselamatan. Tetapi ada ‘four hour delay’ sebelum Kabinet itu bermesyuarat .
Tidak ada keputusan lewat petang pada hari mesyuarat yakni 9 Okt lalu. Mesyuarat disambung 10 malam itu. Akhirnya setuju gencatan senjata dilaksana.
Tetapi sementara tunggu keputusan, bagi Israel terutama tenteranya ‘it was business as usual’. Serang dan bedil Gaza. Alasannya gencatan senjata belum dikuatkuasakan, Hamas juga ketika itu sedang meneliti beberapa isu penting.
Pada 9 Okt apabila Israel setuju gencatan senjata dikuat kuasa, Al Jazeera melaporkan ‘Hamas’ chief negotiator says he has received guarantees from the US and other mediators that the first phase will lead to a lasting, permanent end to the war on Gaza”.
Dunia kemudian menyaksikan pertukaran tebusan Israel yang hidup dan yang mati dengan rakyat Palestin yang dipenjarakan tanya bicara. Ada yang dikurung bertahun lamanya. Maka terlaksanalah gencatan senjata.
Bertanya lagi isteri saya “now at least no more killing?” Sekali lagi jawapan saya “tak adalah kot?”. Masih tak pasti apa yang sedang dan akan berlaku.
Saya petik laporan Al Jazeera bertarikh 20 Okt bertajuk “Has the Gaza ceasefire been broken?”. Menurut laporan itu Israel telah bunuh hampir 100 rakyat Palestin dan cederakan 230 orang lagi sejak gencatan senjata (yang sememangnya dilihat rapuh ) yang diperantarakan AS, berkuat kuasa 10 Okt.
Keadaan tegang menyaksikan Israel dan Hamas saling tuduh menuduh siapa yang mencabuli gencatan senjata. Namun menurut Al Jazeera tentera Israel menembak rakyat Palestin tidak bersenjata dan mengebom Gaza lebih daripada satu kali semasa berjalannya tempoh gencatan senjata.
Terbaharu (berdasarkan laporan siaran tiga hari lalu ) ialah pada Ahad 10 Okt, apabila Israel mendakwa pejuang Hamas menyerang anggota tenteranya di kawasan Rafah – kawasan yang berada di bawah penguasaan Israel.
Qassam Brigade , sayap bersenjata Hamas dipetik Al Jazeera berkata ia tidak tahu menahu akan serangan yang dilancarkan mana mana kumpulan Palestin.
Bagaimanapun menurut agensi berita AFP “Trump blames ‘rebels within Hamas’ for the flare- up”.
Menurut Al Jazeera, “Israel then carried out a massive and extensive wave of strikes across the Gaza Strip”.
Ini bukan kali pertama Hamas dituduh mengingkari gencatan senjata. Israel tuduh Hamas melengahkan memulangkan mayat 28 tebusan – warga Israel yang terbunuh apabila tenteranya sendiri mengebom Gaza,
Hamas kata Al Jazeera sejak awal memberitahu ia memerlukan jentera dan peralatan berat untuk mengeluar mayat tebusan bersama kira kira 10,000 rakyat Palestin yang berada dalam timbunan bangunan yang runtuh akibat serangan Israel.
Menurut Al Jazeera lagi Hamas sudah membebaskan 20 tahanan kepada Israel dan menyerahkan 12 daripada 28 mayat tahanan.
Laporan itu juga menyebut Israel telah mencabuli gencatan senjata 80 kali , memetik kenyataan pejabat media kerajaan di Gaza. Di samping itu Israel juga kerap menutup semula laluan masuk bekalan makanan dan perubatan.
Persoalan utama – adakah gencatan senjata sudah tiada ? Atau masih bertahan ?
Kata Al Jazeera, bagi Trump ‘ceasefire’ masih berkuat kuasa dan menegaskan pegawai AS akan memastikan keadaan aman. Hamas pula berkata ia komited mematuhi terma gencatan senjata dan “working towards lasting peace”.
Israel? Menurut Al Jazeera setelah melancarkan serangan yang mengorbankan puluhan rakyat Palestin sejak gencatan senjata came into effect, tentera Israel berkata gencatan senjata di Gaza sudah disambung semula . Begitu juga kemasukkan bekalan bantuan.
Apa maknanya kata kata itu ? Pada hemat saya Israel seolah ada suis gencatan senjata. Untuk on dan off. Sekejap ada ceasefire sekejap tiada.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.