‘Hasrat’ Trump dan kita

‘Hasrat’ Trump dan kita

Di AS, polarisasi terjadi kerana tingkah laku orang politik. Di negara kita juga polarisasi terjadi kerana tingkah laku politikus yang mahu ambil jalan singkat.

Mohsin Abdullah

Cubaan bunuh ke atasnya walaupun mengerikan memberi banyak political points kepada Donald Trump dan beliau pantas memanfaatkannya untuk mendapat sokongan dalam usaha menjadi presiden Amerika Syarikat buat kali kedua.

Assassination attempt itu pula terjadi beberapa hari sebelum Republican National Convention, perhimpunan agung partinya. Perfect timing. Maka Trump simply trumped up the rhetoric hingga sekarang. Semasa artikel ini ditulis Trump baharu sahaja memberitahu satu rapat umum “I took a bullet for democracy“.

Sejurus selepas terselamat daripada cubaan bunuh ke atasnya Trump (dan juga Presiden Joe Biden) menggesa seluruh rakyat Amerika mengenepikan perbezaan politik and come together. Temanya bersatu dan perpaduan demi AS.

Trump kita tahu terkenal dengan ucapan dan kata-kata keras, kesat, dan pedih terhadap sesiapa yang menentangnya. Apabila beliau bercakap mengenai ‘bersatu’ dan ‘perpaduan’ ramai yang excited kerana melihat perubahan Trump.

Media AS tertanya-tanya sama ada Trump sudah berubah daripada keras kepada menjadi lembut. Pasti peluru yang mencederakan telinganya ada kesan terhadap pendirian dan gaya beliau berpolitik. Begitu anggapan ramai.

Media AS bertambah teruja apabila Trump sehari selepas cubaan bunuh itu beritahu The Washington Examiner bahawa beliau akan menarik balik ucapan yang beliau sediakan untuk konvensyen partinya. Ucapan itu digubal untuk menyerang Biden kaw kaw. Sebaliknya, kata Trump, ucapan itu akan digantikan dengan ucapan yang jauh berbeza daripada ucapan asal. Jangkaan ramai ialah ucapan itu bertemakan reconciliation. Itu dilihat sebagai ‘hasrat’ beliau.

Kesimpulannya semua pihak percaya polarisasi rakyat AS telah mencetuskan keganasan.

Di negara ini, seperti dikatakan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, “segala-galanya terpolarisasi”. Walaupun beliau bercakap dalam konteks PRK Sungai Bakap tempoh hari, saya setuju dan percaya polarisasi membabitkan seluruh negara dan bukan sekadar Sungai Bakap.

“Yang membimbangkan saya adalah betapa teruknya polarisasi tersebut,” kata Rafizi lagi. Sekali lagi saya setuju. Memang membimbangkan apabila mengambil kira keadaan sekarang, apa lagi jika polarisasi berterusan.

Tidak boleh dinafikan iklim politik negara sejak PRU14 memanas dan bertambah panas. Kita ada political divide lalu masyarakat terpolarisasi. Syukur tidak sampai peringkat keganasan seperti yang terjadi di AS dan lain-lain negara.

Bagaimanapun tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 dikaitkan dengan politik. Pada 1980-an terjadi isu tuduhan kafir oleh orang Islam ke atas orang Islam yang menyaksikan sembahyang ikut dua imam berbeza, tidak mahu menghadiri majlis kenduri, tidak ziarah orang mati, tidak mahu makan daging yang disembelih kumpulan lain, malah berlaku perceraian suami isteri hanya kerana perbezaan fahaman politik yang diamalkan atas nama agama.

Sekarang ini mungkin tidak berlaku seburuk yang disebut tadi tetapi polarisasi berlaku juga. Melayu pada satu pihak, orang bukan Melayu di satu pihak lain. Terjadi juga polarisasi Melayu sesama Melayu, antara yang mengaku ‘Islam sejati’ dengan golongan Melayu yang mereka tuduh ‘liberal’. Ini bercakap secara am. Semua kerana perbezaan politik. Masalahnya hanya kerana satu pihak tidak terima pendirian atau pandangan satu pihak sehingga berlaku musuh-memusuhi. Tidak bertegur sapa. Bukan hanya antara kawan tetapi juga antara anggota keluarga.

Kata Biden, “disagreement is inevitable in American democracy. It’s part of human nature. But politics must never be a literal battlefield or God forbid a killing field.” 100% benar. Bukan sahaja buat AS.

Di AS, polarisasi terjadi kerana ucapan serta tingkah laku orang politik termasuk Trump. Di negara kita juga polarisasi terjadi kerana ucapan dan tingkah laku politikus yang mahu ambil jalan singkat untuk menang kuasa.

Realitinya, setuju untuk tidak setuju adalah azimat melawan polarisasi.

Berbalik kepada Trump, ucapan ‘baharu’ yang menggantikan ucapan asal pada konvensyen Republican pada awalnya mengajak Democrat untuk bersama Republican untuk “make America great again”.

Namun perlahan-lahan bertukar nada kepada attack mode terhadap Biden, pentadbiran beliau, dan partinya dengan kata-kata kasar dan menghina. Contoh: Bekas speaker daripada Parti Demokrat digelarnya ‘crazy Nancy Pelosi’.

Trump yakin akan menang pemilihan presiden November ini. Dengan penarikan diri Biden, Trump kata “lebih senang kalahkan Kamala Harris”.

Itu bukan persoalannya. Yang ingin saya tahu apa jadi dengan ‘hasrat’ beliau untuk jalin perpaduan?

Dalam konteks kita, jelas ‘hasrat’ yang disuarakannya selepas terselamat cubaan bunuh 13 Julai lalu tidak boleh dicontohi.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.