
Ia kerusi Parlimen yang sangat luas dan memerlukan sumber yang banyak untuk menggerakan kempen.
Bagi menggambarkan keluasannya, Pengerusi PPBM Pahang Wan Mohd Shahrir Abdul Jalil berkata DUN Tahan, salah satu daripada 3 bawah Parlimen itu, seluas seluruh Negeri Sembilan.
Dengan pengundi yang terbesar di serata kawasan itu, kempen yang berkesan memerlukan banyak masa dan sumber fizikal, katanya.
“BN ada kelebihan dari segi jentera tetapi saya sebagai anak jati Jerantut juga ada kelebihan kerana saya sangat tahu kawasan ini,” katanya.

Wan Shahrir menunjukkan beliau berharap akan terpilih sebagai calon partinya untuk kerusi itu.
“Jentera saya tidak sebesar BN tetapi saya ada orang di seluruh daerah,” katanya. “Saya juga ada ramai kawasan dan saudara yang akan menjadi sukarelawan di 54 daerah mengundi.”
Beliau berkata keputusan Pakatan Harapan mengetengahkan seorang calon PBBM di Jerantut didorong oleh rasa percaya pengerusi partinya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sangat popular di situ.
Kerusi itu diwujudkan pada pilihan raya umum 1974 dan sejak itu Umno menang semua perlawanan ditentang PAS.
Menurut bancian 2010, lebih 80% warga Jerantut adalah orang Melayu, diikuti 11% Cina dan 3% India. Kaum-kaum lain membentuk selebihnya.
Menurut Wan Shahrir, kebanyakan orang Melayu di Jerantut adalah orang Islam konservatif tetapi tidak keras.
“Mereka tidak terlalu peduli tentang kealiman seseorang calon,” katanya.
“Apa yang orang Melayu luar bandar lebih peduli ialah ekonomi manakala orang Melayu pinggir bandar pula lebih pedulikan tentang pembangunan. Orang Melayu pinggir bandar juga mahu keadaan ekonomi yang baik supaya perniagaan boleh berkembang dan anak-anak boleh mencari pekerjaan.”
Beliau berkata bagi warga Felda pula, ramai yang marah kerana masalah-masalah yang didakwa melanda syarikat itu. “Saya jangka akan ada banyak undi protes daripada mereka. Saya tak tahu berapa banyak tetapi saya yakin akan lebih banyak daripada PRU13.”
Wan Shahrir dilahirkan di Kampug Bantal, Hulu Tembeling di pinggir Jerantut. Bapanya, Wan Abdul Jalil Tok Muda Wan Mustafa, seorang ahli Umno yang aktif. Bapa saudaranya, Tok Muda Wan Abu Bakar Wan Mohamad, adalah Ahli Parlimen Jerantut dari 1986 hingga 1995.