Lebih 100 pengundi berbaris di pusat mengundi Kota Damansara

Lebih 100 pengundi berbaris di pusat mengundi Kota Damansara

Pengundi Ahmad Yusof berkata barisan panjang itu petanda baik bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk keluar mengundi.

KOTA DAMANSARA:
Lebih 100 pengundi mula berbaris di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara untuk membuang undi.

“Saya datang awal dengan harapan orang tidak begitu ramai tetapi saya terkejut dengan kehadiran di sini,” kata Ahmad Yusof, 54, yang beratur sejak 7.30 pagi.

Katanya, ia menunjukkan petanda yang baik bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk datang mengundi walaupun ramai yang mengatakan peratusan mengundi akan lebih kecil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.