
PETALING JAYA: Setakat 2 petang, kira-kira 51% pengundi berdaftar keluar mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.
Setakat ini, Kedah merekodkan dan Terengganu masing-masing 56%, Pulau Pinang (53%), Selangor (51%), Negeri Sembilan (49%), dan Kelantan (45%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 52% keluar mengundi.