
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan Ahmad Yakob “bersungguh” tidak mahu mengekalkan jawatan menteri besar.
Katanya, Ahmad sebenarnya tidak mahu bertanding sejak PRU14, namun Presiden PAS Abdul Hadi Awang merasakan beliau perlu ada untuk memimpin parti.
“Bagaimanapun, kali ini beliau minta secara bersungguh-sungguh dan presiden parti ambil maklum dengan mengambil kira faktor kesihatan dan usia,” katanya menurut Berita Harian selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji, Kota Bharu.