Saya tak perlu DAP untuk lonjak kerjaya politik, kata Ramasamy

Saya tak perlu DAP untuk lonjak kerjaya politik, kata Ramasamy

Bekas Adun Perai yang meninggalkan DAP semalam membidas kenyataan pedas Kasthuri Patto yang menuduhnya sebagai tidak mengenang budi.

PETALING JAYA:
Bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy, yang mengumumkan keluar parti semalam, berkata beliau tidak perlu DAP untuk membantu dalam kerjaya politiknya, berikutan bekas rakan partinya meminta beliau menghargai peluang yang ditawarkan ketika bersama parti itu.

Ramasamy, seorang bekas profesor universiti, berkata beliau tidak perlu menyertai parti itu “untuk mencapai kemasyhuran”.

Beliau mendakwa, jawatan timbalan ketua menteri II diwujudkan khas untuknya disebabkan kedudukannya dalam masyarakat. “Bukannya DAP mahukan saya tanpa sebab,” katanya menjawab kenyataan pedas bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.