Sudut video diambil wartawan ‘kasar’, Iszuree perjelas insiden Lau

Sudut video diambil wartawan ‘kasar’, Iszuree perjelas insiden Lau

Setiausaha PAS Pulau Pinang itu berkata, suasana ceramah pada 1 Ogos itu agak bising, menyebabkan beliau terpaksa bercakap pada nada tinggi.

PETALING JAYA:
Seorang pemimpin PAS yang terbabit dalam insiden Presiden Gerakan Dominic Lau didakwa diminta meninggalkan ceramah PN di Pulau Pinang awal bulan ini “menyalahkan” sudut video diambil wartawan, yang menurutnya menimbulkan kekeliruan.

Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, berkata suasana ketika itu agak bising, menyebabkan beliau terpaksa bercakap dengan nada tinggi.

“Suasana (ketika itu) agak bising … orang Pulau Pinang ini biasalah bercakap begitu, tetapi sudut gambar diambil oleh wartawan itu dalam keadaan macam kasar,” katanya menerusi video di Facebook.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.