Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump, cetus kontroversi rugikan rakyat, kata MB Selangor

Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump, cetus kontroversi rugikan rakyat, kata MB Selangor

Amirudin Shari berkata daya tarikan pada Sanusi Nor diguna untuk tabur fitnah bagi alih isu kecurian unsur nadir bumi di Kedah.

SHAH ALAM:
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyifatkan kelakuan rakan sejawatnya dari Kedah Sanusi Nor ibarat bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang sering mencetuskan kontroversi tidak memanfaatkan rakyat.

Katanya, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional itu ibarat “salin dan tampal” kepada Trump, dengan daya tarikan tersebut digunakan untuk menabur fitnah dikitar semula seperti dalam isu pembangunan Sungai Klang bagi mengalihkan kontroversi dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

“Memang ada daya tarikan tetapi ala Donald Trump, kalau beliau hendak ‘copy paste’ kaedah itu saya rasa beliau akan mencipta kelam-kabut seperti di AS ketika Trump menjadi presiden,” katanya dalam temu bual bersama FMT.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.