
MERBOK: Seorang calon BN Kedah mengakui “UmDAP”, iaitu gabungan Umno dan DAP dimainkan lawan, memberi kesan terutama dalam kalangan akar umbi yang dibimbangi tidak menyokong parti itu pada PRN 12 Ogos ini.
Calon BN Tanjong Dawai, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ahli Umno masih dihantui kerjasamanya dengan PH yang dianggotai DAP dan berasa sangsi untuk memberi sokongan.
Shaiful berkata, kerjasama BN-PH tidak boleh disifatkan gagal jika kalah pada PRN Kedah 12 Ogos ini, sebaliknya perlu diberi masa untuk mencari keserasian memandangkan kedua-duanya telah lama bermusuh.