KPN jamin keselamatan Sanusi, calon PRN

KPN jamin keselamatan Sanusi, calon PRN

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata menteri besar Kedah itu mempunyai pengawal keselamatan yang juga anggota polis.

KUALA LUMPUR:
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata keselamatan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dan calon lain yang bertanding dalam PRN pada 12 Ogos ini adalah terjamin.

Beliau berkata ini kerana Sanusi mempunyai pengawal keselamatan sendiri iaitu seorang anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pemimpin itu.

Kata Razarudin, justeru keselamatan calon yang bertanding bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu sepanjang kempen pilihan raya ini adalah terjamin.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.