
GEORGE TOWN: Perumahan mampu milik kekal menjadi isu utama bagi penduduk Pulau Pinang menjelang PRN 12 Ogos, dengan segelintir mengatakan ia berkemungkinan besar mempengaruhi keputusan mereka di peti undi.
Penduduk Seberang Jaya, Suraya (bukan nama sebenar), 47, berkata beliau bimbang rumah di sebahagian besar Pulau Pinang tidak mampu dimiliki oleh golongan belia di negeri itu.
Sementara itu, Edward John yang tinggal di Alma, Bukit Mertajam merungut tentang ketiadaan projek rumah bertanah mampu milik di Seberang Perai Tengah. Kawasan itu, katanya, mempunyai terlalu banyak projek pangsapuri yang mahal.