
PETALING JAYA: Selepas tewas di Parlimen Ampang pada PRU15, Sasha Lyna Abdul Latif bertanding di DUN Bukit Antarabangsa di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) dengan mengharapkan rekod baik ketuanya Mohamed Azmin Ali.
Peguam itu yakin ‘bayang’ Azmin, sebagai bekas Adun Bukit Antarabangsa yang disenangi ramai memberi kelebihan kepadanya menang PRN, mengatasi calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Kamri Kamarudin dan Melanie Ting dari Muda.
Sasha mendakwa rata-rata pengundi ditemuinya berpuas hati dengan prestasi Azmin termasuk sebagai menteri besar Selangor dari 2014 hingga 2018, selain membandingkannya dengan penggantinya Amirudin Shari.