
PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) menafikan terlibat dalam penyebaran suatu hantaran pukal khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bersifat provokatif dan menghasut, yang mengaitkan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.
Presiden Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, bahawa hantaran tersebut tidak bersumberkan MBM atau mana-mana pertubuhan di bawah gabungan MBM.
Pesanan ringkas itu mendakwa pimpinan PAS pusat tidak akan melantik Sanusi sebagai menteri besar Kedah jika PN menang kerana ia akan merosakan imej PAS.